Sunday, November 21, 2010

pondok kuning diatas kubur

pondok kubur berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, Tumpat yang mencetuskan tanda tanya penduduk.



TUMPAT - Kewujudan sebuah pondok berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang bersebelahan sebuah masjid dekat sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan sejak dua bulan lalu.
Pondok tersebut yang berukuran panjang tiga meter dan lebar dua meter dengan lantai jubin serta beratapkan daun nipah dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan.
Penduduk mendakwa pondok tersebut dibina oleh dua lelaki termasuk seorang penduduk tempatan yang mengaku bomoh.
Malah seorang bomoh terbabit baru berusia 18 tahun.
Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati dua payung berwarna kuning dipacak di atas kubur yang ditabur dengan pelbagai jenis bunga.

Tuesday, October 12, 2010

mencari ketenangan yang hilang

setelah kian lama menyepi ( biasa ar kesibukan lah sangat), yang pastinya x berapa pandai nk nulis blog neh... biasa ar budahk baru belajo...bertatih.. ngenge....

apa nk diperkatakkan yew.. sebabnya dalam minda dan pemikiran ini kosong... dan tidak berilham.. mungkin ditarik nikmat oleh yang maha pencipta... kehidupan kekadan umpama putaran... dalam sehari-harian dalam meniti perjalan ini.. barulah kita sadari yang mana itu kaca.. yang mana itu permata... permata pulak ada lagi.. yang mana berharga... dan mana yg benar2 berharga...

baru aku sedar inilah realiti kehidupan... realiti yang membuka mata aku.. untuk kenal dan mendewasakan diri ini... tanpa kita mengenal diri kita sendiri.. siapalah kita disisi yang maha pencipta... pertama kenal diri kita dahulu.. kemudian barulah ... kita mampu kenal yang mana kaca.. yang mana permata..

lain masa jika berkesempatan akan aku coretkan sesuatu yang lebih panjang... mengenai pengalaman aku.. ok ketemu lagi minggu depan... nak masuk hutan neh... nanti aku leh ar coretkan pew yg menarik disana.. kesana pun sebab nak menyaksikan betapa hebat dan betapa agungnya ciptaan yang maha pencita....

Sunday, April 12, 2009

kehidupan...putaran waktu...

kehidupan....
kehidupan umpama putaran roda... kadang kala kita diatas dan kadangkala kita dibawah... begitu juga aku hidup dan keadaan diri inin kadang kala dibawah.. dan apabila kita dibawah seumpama kita tiada nilai.. dan harga. diherdik dan dicaci.. tidak kurang dihina... tapi..! bila kita diatas kita dilayan umpama raja.. makan bersuap.. mandi berjirus.. kehidupan seumpama di awang-awangan.. diri kita disanjung.. dan dipuji.. tapi ingat !.. pabila kita jatuh cuba hitung dan kira. berapakah sahabat dan insan yang sejati yang setia bersama kita?? renung dan fikirkan lah..

jadi kesimpulannya.. hidup perlu bergantung pada diri sendiri.. perlu pandai menilai intan dan kaca.. segalanya hadir bersama pengalaman.. pengalaman yang mengajar kita erti hidup sebenar.. pengalaman lah juga mengajar kita erti hidup..